Raudhah Islamic School

Akhirnya, Raudhah Islamic School adalah pilihan untuk saya bersekolah di sini.Saya mula bersekolah di awal tahun. Saya bersekolah di sini kerana saya rasa ini adalah pilihan yang paling tepat  untuk masa depan saya sendiri.Yuran di sekolah ini bagi saya tidaklah terlalu mahal , saya tidak tahulah mungkin orang kata mahal, yuranya adalah RM 350 sebulan.

Di situ, makan, locker,pakaian dan buku semuanya lengkap. Keseluruhan kelas di situ ada lapan kelas.Saya diletakkan di kelas 4 ma'wa. Bilangan murid di dalam kelas 4 ma'wa itu adalah 10 orang termasuklah saya.Tetapi malangnya,saya mendapat berita bahawa saya   mesti berpindah semula ke pulau pinang kerana umi dan ayah saya dapat berpindah ke  pulau pinang. Saya mendapat berita itu pada bulan 3 persekolahan .Saya berasa sangat sedih kerana saya akan meninggalkan sekolah yang paling 'best' dan kawan yang sangat baik bagi saya.Tetapi,saya kena pindah jugak.saya memberitahu kawan baik saya yang bernama Nur Aina Damia dan Adriana Zahra.Mereka juga berasa sangat sedih kerana saya akan berpindah.Saya terpaksa akur dengan keputusan umi dan ayah saya.

Saya bercadang untuk menukar hadiah kenang-kenangan bersama kawan baik saya sempena perpisahan saya.saya memberi kawan saya kotak pensil dan 'Teddy Bear' kecil.Dia pula memberi saya cawan kaca.Guru kelas saya pula,Ustazah Fatiah telah memberi saya sebuah buku dan menulis nombor telefonnya dan beberapa ucapan yang sentiasa saya ingat.Setiap kali saya terlihat buku itu,saya akan membukanya dan membacanya.



Tidak lama selepas itu,saya pun berpindah.Saya bersekolah di Sk Kongsi.Saya mendapat kawan yang agak baik.Tetapi,kawan di sri ar raudhah tetap saya ingat dan sayang.Jadi,kalau ada kawan-kawan atau ibu bapa yang sedang mencari sekolah yang terbaik untuk ananknya,inilah jawapannya,Raudhah Islamic School. Ianya terletak di bersebelahan dengan Darul Huffaz,Kajang.



                    JOM SEKOLAH DI  RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL!                                                                                              

Comments

Post a Comment

Popular Posts