PENGALAMAN MUKHAYYAM GENIUS INSANI 3.0





Pada 27 November yang lepas,saya telah mengikuti kem yang terletak di kampung Lubuk Meriam,pulau pinang.Program itu berlangsung selama 3 hari 2 malam.program itu disertai oleh kanak-kanak dan remaja yang berumur antara 8-17 tahun. Jam 8:00-9:30 bermulanya pendaftaran bagi para pesarta.Selepas itu,diadakan taklimat dan tayangan montaj untuk para peserta.

          Seterusnya,ibu bapa para peserta dipersilakan pulang kerana program akan dimulakan.Program itu didahului dengan 'Ice Breaking' dan pembahagian kumpulan.Selepas itu,tibanya masa untuk makan tengahari.Selepas makan tengahari,kami solat zohor berjemaah.Kami memulakan slot yang pertama yang bertajuk 'Man Ana'.Sebaik sahaja slot yang pertama berlangsung,kami bersiap sedia untuk solat asar berjemaah.Kami terus ke bilik untuk menukar baju untuk beriadhah.Lelaki pergi ke kolam untuk  berenang manakala perempuan pula memanah.Saya juga turut mengambil peluang untuk bermainnya.Selesai sahaja aktiviti memanah dan berenang,kami diberi makan kuih dan air teh panas.Kami terus ke bilik untuk menukar baju atau mandi.Kami terus ke dewan selepas sahaja menukar baju dan mandi  untuk solat maghrib berjemaah.Kami teruskan dengan slot yang kedua bertajuk 'Wahyu Ilahi'.Selepas itu kami pergi ke bilik air dan dewan  untuk mengambil wudu' dan solat isya' berjemaah.Selepas solat isya' berjemaah.Kakak-kakak fasi menyuruh kami untuk meletakkan barang barang di dalam surau kerana pada malam nanti kami akan tidur di surau.Kami dicabar untuk menjalankan satu aktiviti yang dinamakan'Night Walk'.Aktiviti ini menguji keberanian kita.Dalam program ini,kami dikhendaki berzikir sahaja.Kami memegang ahli lain dalam kumpulan secara gelap dan tutup mata menggunakan kain.Selain itu,kami dikacau oleh kakak - kakak dan abang - abang fasi.Misalnya,mereka terkejutkan kami dan banyak lagiMulut sya terkumat- kamit dan berbuih-buih mulut saya semasa berzikir .Saya hanya dikacau ada orang menyapu daun di atas kepala saya dan ustaz abdullah khairi [UAK] menanya saya 'Siapa nabi kamu?' dengan kuat  menggunakan 'Meghaphone Hailer'.Lalu,saya menjawab dengan perlahan'Muhammad'.Saya menjawab dengan perlahan kerana saya sangat takut semasa aktiviti itu berlangsung.Saya mendengar ramai peserta perempuan yang menjerit sehinggakan ada yang menangis,manakala,peserla lelaki saya rasa tiada seorang pun yang menjerit dengan kuat berbanding dengan peserta perempuan.habis saja aktiviti itu berlangsung,semua peserta bersa tenang termasuklah saya.Tengok-tengok,dah pukul 1:15 suku dah masa tu.kami terus pergi ke surau untuk tidur selepas habis saja aktiviti itu.Kami tidur lebih kurang dalam pukul 2:00 pagi dengan lenanya.

       Kami bangun jam 4:30 pagi untuk qiamullail.Kami diminta untuk solat sunat tahajud,solat sunat taubat, solat sunat hajat dan solat sunat witir.di samping itu,kami sentiasa solat sunat sebelum solat fardhu dan solat sunat selepas solat fardhu.Selepas solat-solat sunat itu dijalankan secara berjemaah,kami  terus solat subuh secara berjemaah juga.Selepas itu,kami duduk dalam kumpulan.

 





Kawan-kawan...tolong bantu sekolah UAK ya?


 

Comments

Popular Posts